Home

Sunday, April 25, 2010

Pilih Kaedah Diet Yang Sesuai Dengan Anda

Sebenarnya, bukanlah susah sangat nak turunkan berat badan, yang penting anda tahu cara yang betul dan berdisiplin. Kalau mewah dengan duit, mungkin anda boleh kunjungi pusat pelangsingan badan yang ada. Tapi ingat, dengan menjalani rawatan pelangsingan di pusat tersebut, anda juga perlu mengikut jadual pemakanan yang diberikan. Sesetengah pusat pelangsingan tidak membenarkan anda mengambil makanan berkarbohidrat untuk tempoh tertentu.

Oleh itu, lebih baik anda berdiet dengan sendiri. Selain itu, amalkan juga senaman yang sesuai. Lebih sihat, selamat dan murah. Info berikut boleh membantu anda memilih kaedah diet yang dirasakan sesuai dengan diri sendiri:-

The Zone Diet
Diet ini menyarankan makanan yang tinggi protein. Tujuannya, semakin tinggi protein, maka rasa lapar akan semakin ditekan dan akhirnya berat badan boleh berkurangan. Bagaimanapun, diet ini masih membenarkan pengambilan karbohidrat tinggi. Pengambilan makanan yang disarankan ialah 40 peratus protein, 30 peratus lemak dan 30 peratus karbohidrat. Kalori yang rendah pada diet ini akan membuatkan berat badan menurun, walaupun anda masih mengambil makanan yang berlemak. ‘The Zone Diet’ juga menyarankan pengambilan karbohidrat sihat seperti buah-buahan dan sayuran.

South Beach Diet
South Beach Diet terbahagi kepada tiga tahap iaitu penurunan berat badan secara tepat, penurunan berat badan lanjutan dan pengekalan berat badan. Tahap pertama adalah masa untuk membataskan pengambilan karbohidrat. Namun, tidak semua karbohidrat perlu dihindari, hanya karbohidrat yang ‘buruk’ seperti kentang dan roti. Pada tahap ini mereka yang berdiet perlu makan tiga kali sehari serta mengambil snek di antara waktu makan. Saiz hidangan perlu dikurangkan. Lakukan diet tahap pertama ini bagi tempoh minimum dua minggu hingga sebulan. Setelah dua minggu menjalani tahap pertama berat badan akan turun di antara , 5 hingga 6 kilogram.

Tahap kedua diet ini ia mensasarkan penurunan berat badan secara perlahan-lahan iaitu di antara 0.5 kh hingga 1 kg seminggu. Pada tahap ini anda boleh mengambil karbohidrat kembali tetapi mestilah yang ‘baik’ seperti bijirin dan kekacang. Beberapa jenis makanan seperti roti, kentang, dan lobak merah, tembikai, mangga dan pisang masih perlu dihindari.

Setelah menyelesaikan tahap pertama dan kedua, tahap selanjutnya adalah mengekalkan berat badan. Tahap ini bertujuan untuk menjaga berat badan supaya tidak naik atau turun lagi. Pada masa ini, anda lebih bebas memilih makanan yang ingin diambil. Sebaik mungkin, hindari snek yang memudaratkan kesihatan. Sebaiknya pilihlah kekacang sebagai sumber lemak dan protein. Beberapa jenis beras merah dan perang adalah pilihan yang tepat.

Hay Diet
Hay Diet merupakan diet berasaskan kombinasi makanan yang diformulasikan oleh Dr. William Hay. Diet ini membahagikan makanan kepada beberapa kumpulan yang hanya boleh diambil pada satu-satu masa seperti protein, karbohidrat dan makanan semulajadi seperti sayuran dan buah-buahan. Komponen pemakanan dari bahan semulajadi ini boleh diambil bersama-sama komponen makanan utama tadi. Buah-buahan merupakan makanan terbaik untuk diambil bersama bijirin untuk sarapan pagi.

Makanan tinggi protein disarankan diambil ketika makan tengahari kerana protein mengambil masa yang lama untuk dihadam berbanding karbohidrat. Makanan berkanji seperti nasi dan ubi kentang tidak boleh diambil bersama makanan yang mengandungi protein dan pelbagai vitamin yang terdapat di dalam buah-buahan. Salad, sayuran dan buah-buahan seharusnya dijadikan menu utama ketika anda berdiet. Protein, karbohidrat dan lemak hendaklah diambil dalam kuantiti yang kecil. Selain itu, anda dilarang sama sekali makan makanan segera, makanan yang diproses (dalam tin) dan makanan yang berasaskan tepung kanji.

Diet rendah kalori
Diet jenis ini mengkehendaki anda makan secara teratur. Selain itu, anda juga perlu menghindari beberapa makanan yang lain seperti coklat, kek, ais krim, gula-gula, makanan bergoreng, kekacang, minuman ringan dan beralkohol serta jeruk.

Makanan yang berasaskan karbohidrat seperti nasi, lontong, mihun, biskuit dan pasta juga tidak boleh diambil secara berlebihan. Sebaiknya banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian. Buah-buahan dan sayuran yang rendah kalori dan mengandungi banyak serat boleh mengenyangkan perut dengan cepat.

Selain daripada mengatur pola pemakanan, menerusi diet ini juga anda harus melakukan senaman secara rutin. Misalnya, berjalan kaki atau berbasikal sebanyak 3 - 4 kali seminggu.

sumber : http://www.gua.com.my/Lifestyle/FashionDetail.aspx?ArticleID=509

Thursday, April 15, 2010

Belajar Menjahit

Salam semua..

Sekarang ada hobi baru pulak, iaitu menjahit. Bila cuba guna mesin jahit mini kat rumah tu rasa macam seronok pulak. Tak belajar dekat siapa pun. Cari di internet je. lepas tu cuba la pakai kain 4 meter yang dibeli 2 tahun lepas (tak pakai). Mula-mula tu memang tak ada barang-barang menjahit..nak tanda pun pakai pen..ukur pakai tape cik abang..garis pulak pakai alas pinggan..gunting je pakai gunting kain..aduhh...sadis betul..

Mula-mula ambil ukuran dari baju yang sedia ada..kemudian kena lebihkn 3/4 inci untuk semua bahagian..memang pening juga la nak mengukur..selepas itu kena ukur atas kain yang 4 meter tu pulak..potong. Ini pun cabaran jugak sebabnya kena gunting kain kan..almaklumla..kain ni kan ke lembut..

Habis semua tu baru la boleh mula proses menjahit...setelah semalaman tak tidur akhirnya siap jugak satu baju..tu belum bahagian kain lagi...huhu..susah jugak menjahit ni kan..nampak macam senang je..

semalam beli kain sepasang kat pasar tani..malam ni ingat nak mmula ukur dan potong kain...memandangkan mesin jahit ni jenis mini sahaja...jadi kena la tunggu balik kampung..baru la boleh jahit guna mesin jahit Singer mak tu..haha..

Tuesday, April 13, 2010

Dite ohh...Diet

Hari ini hari yg ke-16 saya berdiet. Memang puas hati sebabnya malam tadi timbang, berat dah turun 5kg. Alhamdulliah, turun 5kg dalam masa 2 minggu.

Sebenarnya dah banyak produk yang saya tengok dalam internet. Tapi dalam banyak-banyak produk tu, hanya JusDietMate5 (JDM5) sahaja yang boleh diambil oleh orang yang menyusakan anak, macam saya ni. Dari apa yang saya baca, semasa amalkan JDM5, kita kena kawal makan berdasarkan jumlah kalori. Jadi lepas ni rajin-rajin la kira jumlah kalori dalam makanan harian kita ye. Selain itu, perlu banyakkan minum air kosong.

Dengar memang macam susah sebab tak boleh makan makanan yang kita suka tapi percayalah, semua tu sementara sahaja. Memang berbaloi sangat bila dah dapat hasilnya nanti. Bagi seorang isteri macam saya, inilah saat yg paling indah sekali. Sebabnye tak payah masak untuk suami...hehe..jahat betul.. Tapi dia kena la berkorban jugak kan. kalau kita kurus nanti siapa yang tumpang bangga? dia juga...so kena la bagi sokongan ok.

Selain amalkan JDM5, saya juga amalkan sapu Losyen Mujarab Pati Halia Yusmira. Memang berkesan sebab losyen ni mampu bakar lemak di kawasan yang kita mahu. Lemak-lemak degil ni daripada keras boleh bertukar jadi lembut/lembik sebab lemak kat dalam tu mula terbakar secara perlahan-lahan.

Hasilnya dalam masa 2 minggu ni, saya dah tukar saiz daripada XXL kepada XL. Erm, dapat tukar 1 saiz pun rasa berbunga-bunga je. Badan juga rasa lebih cergas dan dah tak semput lagi masa naik tangga..