Home

Thursday, April 15, 2010

Belajar Menjahit

Salam semua..

Sekarang ada hobi baru pulak, iaitu menjahit. Bila cuba guna mesin jahit mini kat rumah tu rasa macam seronok pulak. Tak belajar dekat siapa pun. Cari di internet je. lepas tu cuba la pakai kain 4 meter yang dibeli 2 tahun lepas (tak pakai). Mula-mula tu memang tak ada barang-barang menjahit..nak tanda pun pakai pen..ukur pakai tape cik abang..garis pulak pakai alas pinggan..gunting je pakai gunting kain..aduhh...sadis betul..

Mula-mula ambil ukuran dari baju yang sedia ada..kemudian kena lebihkn 3/4 inci untuk semua bahagian..memang pening juga la nak mengukur..selepas itu kena ukur atas kain yang 4 meter tu pulak..potong. Ini pun cabaran jugak sebabnya kena gunting kain kan..almaklumla..kain ni kan ke lembut..

Habis semua tu baru la boleh mula proses menjahit...setelah semalaman tak tidur akhirnya siap jugak satu baju..tu belum bahagian kain lagi...huhu..susah jugak menjahit ni kan..nampak macam senang je..

semalam beli kain sepasang kat pasar tani..malam ni ingat nak mmula ukur dan potong kain...memandangkan mesin jahit ni jenis mini sahaja...jadi kena la tunggu balik kampung..baru la boleh jahit guna mesin jahit Singer mak tu..haha..

No comments:

Post a Comment